Undang Yang Empat Sah, Bukan Rampasan Kuasa — Keputusan Dari Bawah Telah Dibuat!
Refleksi Negeri Sembilan
Oleh: Ab Jalil Backer
1. Undang Yang Empat diakui mempunyai kuasa menurun dan menaikkan Yang Di Pertuan Besar. Kuasa Undang Yang Empat mengenai hal ini tidak terhad kepada apabila ada kekosongan.
Jadi ia bukan rampasan kuasa atau coup de tat.
2. Yang dipertikaikan sama ada ia memenuhi proses dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.
Secara literal Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan (UTKNS) tidak mensyaratkan full inqury memanggil Yang Di Pertuan Besar membela diri.
Fraksi Persekutuan menggunakan hujah Tuanku mesti dipanggil bela diri. Ini adalah pandangan bukan fakta dalam UTKNS.
3. Tuanku Nazaruddin Tuanku Jaafar yang diumum sebagai pengganti adalah salah seorang dalam senarai pewaris takhta. Jadi soal kelayakan Yang Di Pertuan Besar ke-12 bukan isu.
4. Keputusan Undang Yang Empat disokong oleh kerajaan yang menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. Dari segi UTKNS ia telah memenuhi syarat penggantian.
5. PRN yang diadakan kerana PH merasakan mereka perlu mendapatkan referendum rakyat terhadap cara Datuk Seri Aminuddin Harun mengendalikan krisis adat dengan menolak Undang Yang Empat dan menyokong Tuanku Muhriz.
6. Menteri Besar dan partinya kalah teruk dalam PRN tersebut.
7. Parti yang dituduh penderhaka kepada Tuanku Muhriz menang besar termasuk parti yang baru tukar nama.
8. Calon-calon pro Tuanku Muhriz semua kalah teruk termasuk di DUN Seri Menanti.
9. Secara literal UTKNS menyebelahi Undang Yang Empat. Majoriti rakyat turut menolak Aminuddin Harun walaupun kempen memburukkan Undang Yang Empat dan BN dan PN sebagai penderhaka dilakukan.
10. Dalam semangat adat perpatih keputusan telah dibuat dari bawah, semua pihak telah bersuara sama ada melalui keputusan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin mahu pun melalui pilihan raya.
11. Berlapang dada terimalah kuasa dan kedudukan hanyalah pinjaman.




